Monday, October 26, 2009

AL- FATIHAH....khas buatmu Izaifah...




Adikku,


Sesungguhnya Allah telah menetapkan masamu sudahpun tiba,
Tatkala daun telahpun berguguran dari pohon di Arasy sana,
“ Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian”,
Telah terbukti dengan kalamNya,
Tidak dapat ku terima dirimu telahpun dijemput olehNya,
Namun ku redha dengan ketentuan dariNya…..

Adikku,

Tanggal 25 Oktober, jam 11 malam,
Diri ini telah dikhabarkan tentang pemergianmu sayang,
Kaget! Terkejut! Tertanya-tanya!
Apakah benar? Apakah sahih berita ini?
Ku tanya rakan-rakanmu sebilik kita sayang,
Namun, hancur!
Rupa-rupanya diri ini antara yang terawal mengetahui tentang beritamu,
Ku tabahkan hati, ku tahan sebak di dada,
Akhirnya terjawab persoalan yang berlari-lari di fikiran ini,
Ya, Izaifah telah meninggal dunia waktu maghrib tadi,
Ku pasrah dengan suratan dari Pencipta..

Adikku,

Ternyata banyak sekali kenangan yang kita ukir bersama,
Memori ini tidak pernah lupa akan semua itu,
Kita pernah makan bersama, bergelak ketawa bersama,
Tapi ternyata kudratmu ketika itu tidak segagah manusia biasa,
Namun kau tetap riangkan jiwa bergelak ketawa bersama,
Sesungguhnya, kad raya dan gambar yang kau tinggalkan padaku,
Bakal menjadi tanda persahabatan abadi kita.

Adikku,

Ternyata budi pekertimu sungguh mulia,
Tidak pernah mengumpat mencela,
Sejadah, telekung, Al-Quran sentiasa menjadi teman setia ketika hayatmu,
Lemah lembut menjadi penghias dirimu.


Adikku,

Ku pasrah, ku redha dengan apa yang berlaku,
Kerana dirimu lebih disayangiNya,
Kerana Dia mengetahui apa yang terbaik bagimu.
Ku akan sentiasa merindui senyumanmu itu..
Semoga dirimu ditempatkan dikalangan orang- orang soleh…

Ameen Ya Rabbi…

Al- Fatihah buat Izaifah,course IRK.. junior dorm saya kat matrik kat Nilai dulu. Bagi sesiapa yang mengenali dirinya , dia telahpun dijemput Illahi pada waktu maghrib 25 Oktober 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat…

Ameen…

0 comments: