Sunday, March 22, 2009

ShEiKh AhMad YasSin...

Syeikh Ahmad Yassin
الشيخ أحمد يس

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah.(Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa ,aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, ku tekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bias menghalang pergerakan,
Minda, fikiran,tadbir jua amalan…

Ku tamatkan pengajian sekolah,
Ku teruskan ke Universiti Ain Syams,padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang ku bawa ke Mesir gagah,
Ku kenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru,mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid,akulah khatib,
Akulah pengasas Majma’ Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara,mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Ku asaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah ,kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur hidup abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari,ku makin lemah di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku, terseksa didera,
Penyakit kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy’al tergagal musnah.

Ku senyum ,ku lihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya umat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Illahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan ku niat puasa di pagi hari.

Masjid,22 Mac 2004-Fajarnya,
Selesai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang,aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku,pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah..

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yassin!!

Adakah kamu mengenalinya??
Siapakah dia,Syeikh Ahmad Yassin??
Dan, apakah yang kita sumbang untuk agama Allah??

عسى الله أن يبارك عليك..أمين

0 comments: